CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 26, 2010

FeSTIvAL KASuT 3 HaRI..

PENGUMUMAN...
Dengar sini rakan2 blogers ku sekalian..ada terbaca x berita tentang FESTIVAL KASUT ANTARABANGSA 1MALAYSIA????meh sini roy nak khabaq mai..semalam roy baru terbace surat khabar Metro,19 march 2010..kesian..berita dah basi pon,baru roy perasan..
so pada sape2 yang berminat jom la ramai2 kite meriahkan PWTC bermula 2 April ni..kalau x ada aral roy mungkin akan ke sana pada 4 April nanti..so kite bole la jumpe kat sane okey..festival tu nanti akan dilancarkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, turut akan mempamerkan sejarah kasut tempatan termasuk kasut diraja dan kasut kaum Nyonya yang bermanik dan dihias indah..mesti best kan..
kalau ade yg berkenan dihati..bole la dijadikan untuk hantaran korang juga kan..termasuk la aku..mau rambang mata ni kot..hehehhe..tu pon kalau ade yg berkenan dihati..yang penting kene tengok poket dulu..kalau penuh berkepuk2 bole la kot.kalau x..telan air liur je la..
harap2 kalian pon boleh joint skali..sekian dulu laporan untuk hari ni..berita selanjutnye akan disambung pada 5 April nanti.InsyaAllah..tu pon kalau aku pegi la erk..
Sekian..
**T.A.M.A.T**

Monday, March 22, 2010

DIY ROTI CANAI..

Assalamualaikum..salam hari isnin yang moody..mengantuk..letih..lesu sume ade..kire pakej la kan..hehehhe..x de topik best pon nak share..cume nak story sket kisah hujung minggu aku bersama abg k..



okey..berdasarkan title di atas..sila coba teka..siapakah yang diy roti canai tu???ha..cepat teka..okey,meh aku sambung cite seterusnye..sebenarnye abg k yang buat roti canai..entah ape & kenape tetibe je teringin nak buatkan roti canai untuk bakal mak mertuanye..sape lagi kan..mesti la mak aku..



sebelom ni dah pernah 2 kali aku rase roti canai hasil air tangan abg k..tapi biase nye time bulan ramadhan al mubarak je aku dapat rase..tu pon kalau berbuka puasa kat rumah abg k la..



dan semalam..abg k dengan semangatnye nak uli roti canai tu..nak tengok x macam mane abg k ali tepung untuk roti canai tu..meh layan gambar rajah kat bawah ni..





**tada..x sangka abg k pandai menguli tepung**

**ni plak tengah nak tebar**


**amacam??jadi x???**

**akhirnya..jadi gak roti canai**

dan kuah kari untuk cicah ngan roti canai tu..aku yang masak ok..nak masak kuah dhal aku x reti lagi..yang tu kene la barguru dengan mak abg k..hehhehe..tunggu la aku dah sah jadi isteri abg k erk..seronok sangat semalam..kami saling tolong menolong..cume aku masih segan & janggal kalau abg k di sisi ketika aku masak..segan la wei..orang tengok aku masak..hehehhe..ape2 je kan aku nih..

okey la..sekian dulu untuk hari ni..esok2 ade cerita best aku share dengan kalian..

sekian

**T.A.M.A.T**

Tuesday, March 16, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU(^_^)*

Assalamualaikum..salam hari rabu yang x berape nak indah sangat..hehehhe..motif entry ni diwujudkan adalah sekadar mengucapkan tahniah & selamat pengantin baru buat kengkawan yang baru je sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang diorang cintai..cewah..



**hehhehe..layan gambar aku dulu okey**


aku tumpang gumbira kerana kawan2 aku dah pon selamat di ijab kabul kan..sekarang sudah pun bertukar title..dari cik ke PUAN..aku jugak yang masih bergelar cik..xpe2..turn aku tahun depan je..pejam celik sudah sampai waktunya..harap semua berjalan lancar seperti majlis kengkawan aku nih..bahagia je aku tengok..kadang2 menitis gak air mata ni..ye la majlis diorang dianggap sempurna kerna masih ada kedua ibu & ayah..sedangkan majlis aku nanti seakan hilang separuh serinye bila arwah ayah dah x ada..

okey,aku mulakan ngan majlis kawan baik aku..khairil kamilah & suami..bertemakan merah & putih..rata2 bulan ni kesemua majlis yang aku pergi semuanya bertemakan merah & putih..okey..layan dulu gambar2 kat bawah ni erk..

**selamat pengantin baru..amil & suami**




**tahniah buat miza & shahril**


**sori..yg ni pengantin blom sampai lagi..tapi tahniah buat pasangan fatin & suami**


**selamat pengantin baru gak buat sapiah & suami**

dan yang terakhir ni paling best..tahniah buat diyana syukor & suami serta adiknya..hawa & suami..wedding paling best aku pergi..pertama kali aku jumpa diyana..diyana ni rakan blogger aku gak..sweet sangat majlisnye..suasana pon meriah je..meh layan gambar yang sempat aku snap ni erk..layan..

*sweet kan diorang ni**


**ala..x sempat nk bergambar kat red carpet**

okeyla..sekian dulu entry untuk hari ni..sekadar ingin mengucapkan tahniah kepada kawan2 yg sudah pon bergelar puan..aku doakan semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat..amin...
sekian

**T.A.M.A.T**

Thursday, March 11, 2010

TUNDA MAJLIS PERKAHWINAN..

Dengar sini wahai blogger2..silent rider(ade ker)..orang2 kampong sekalian..dengan dukacita nya ingin hamba memaklumkan bahawa majlis perkahwinan hamba akan hamba tunda pada awal tahun hadapan..itu pon jika tiada aral melintang..
mengikut perancangan & perbincangan bersama ahli keluarga serta ahli mesyuarat tingkap..hamba mencadangkan mahu memilih bulan febuari 2011 untuk majlis perkahwinan hamba bersama panglima k..hehehheh..tapi masih blom ada tarikh yang tepat lagi..pada awalnya mahu memilih awal bulan tapi boss hamba mengatakan bahawa tahun baru cina akan jatuh pada awal bulan hadapan..x boleh la plak aku memilih pada hari tersebut..kompom la ramai orang kampong mahu memilih hari tersebut untuk menyambut menantu..berkhatan & sebagainya kan..harus la aku lambatkan sedikit..mungkin juga selepas 14 feb..cukupkan setahun pemergian arwah ayahanda hamba..
maka majlis pada 10.07.10 ini secara rasminya akan terbatal..sedih gak rasenya..tahun ni sekali lagi la gamaknya hamba beraya sebagai tunang kepada panglima k..maka tahun ke 3 la hamba merangkul gelaran tunangan panglima k..hasrat untuk memegang title isteri sudah pon terkubur..
begitu lah adat orang jawa..sekiranya orang tua kita meninggal..maka kena lah di ganti tahun..maksudnya tidak boleh pada tahun yang sama..kecuali majlis tinggal beberapa hari saja..memanglah x dapat di elak kan lagi..cuma majlis itu x bole la meriah seperti majlis yang diharapkan..sejak arwah terlantar sakit..segala persiapan telah pon terhenti..nasib baik juga lah tidak hamba teruskan..dan ada juga yang mengatakan jika mahu majlis di teruskan pada tahun yg sama sebagai syaratnya harusla di putuskan ikatan pertunangan untuk sehari 2 sebagai syarat..logik kah begitu..namun setelah berbincang bersama panglima k..kami mengambil kata putus untuk menangguh kan majlis perkahwinan kami..
kalian doa kan lah majlis itu nanti akan terlaksana & akan berjalan lancar seperti majlis kalian juga..lagi lama majlis kami di tunda..lagi banyak dugaan yang harus hamba tempuh bersama panglima k..
hari ni..hamba sendiri tidak mengerti kenapa hamba menggunakan kata ganti diri HAMBA & PANGLIMA K.mungkin sudah tersampuk barangkali..hehheheh..jangan marah..sebab kadang2 aku dengan abg k pon suke guna kan perkataan ni..kadang2 kami guna loghat nogori sembilan..kadang2 kedah..penang..kelantan..jawa & sebagainya..saja2 sekadar hiburan..
okey la..sekian dulu untuk hari ni..
**W.A.S.S.A.L.A.M**
Blog Widget by LinkWithin