CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 14, 2009

HEY..AKU DAH ADA TARIKH!!!!!!

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM..dengan ini sukacitanya saya,ROHAYA BT JAFFAR n tunang merangkap bakal suami,KHAIRULLAH BIN JAMARI ingin mengumumkan tarikh keramat bagi majlis walimatulurus kami yang bakal jatuh pada tanggal 10.07.2010..maka ada masa lebih kurang 1 tahun dr sekarang..segala persiapan harusla dibuat dgn teliti agar tidak tjadi seperti yg pernah aku mimipikan..



Ermmm..sebenarnya tarikh yg aku war2kan td adalah tarikh yg aku pilih sendiri tanpa perbincangan dgn abg k.tarikh ni pon aku dpt smlm pg lepas bsahur..mase tu tgh baring2 sambil tgk kalendar kt handphone.nak tunggu kalendar 2010 mmg lambat lg la.maka terpacul la idea untuk tarikh tersebut.abg k baru saja aku beritahu mlm td selepas dia berjaya memujuk aku yg da merajuk selama 3 hari..dia mengikut saja..itu la abg k yg aku kenal..jarang mahu memberi sebarang idea..yg tahunya 'angguk2..geleng2' saja.dan tarikh tersebut juga blom mendapat persetujuan dr majlis tertinggi iaitu dr org tua kami berdua..ngeh..ngeh..ngeh
pening juga mahu menetukan tarikh ni,ikut aku bln 3 menjadi pilihan sbb abg k lahir bln 3 n ikutkan klu bulan 3 tahun depan genapla 2 tahun pertunangan kami.tarikh bertunang pon aku yg tentukan.aku mahu tarikh yg senang di ingat..mcm bertunang dulu aku pilih tanggal 30.03.08..cantik x tarikh ni???



dan org pertama yg tau mesti la sahabat yg dok kt belakang aku ni..ikutkan mahu dirahsiakan dulu..tp TERcakap plak..yg kelakar aku cakap macam nih;

roy :Hey..aku da ade tarikh?

miza:bila..da bincang ke?cepat je kata2 ni kuar dr mulut beliau..

roy :sudah..tarikhnye 10.07.2010..ok x?tp ini perbincangan aku ngan diri sendiri je..tunang aku x terlibat pon..hak3..


tiba2 kata2 tersebut terpacul dr mulut..aku n miza sama2 terpandang n tiba2 tergelak..ade ke nak kahwin berdua tp soal tarikh dan persiapan aku yg tentukan..tak adil sungguh.nasib baik bukan aku yg kene jabat tangan tok kadi nnt untuk lafaz ijab n kabul..kalau x..mau parkinson aku dibuatnye..ngeh..ngeh..ngeh..



kita hanya merancang tp Allah yg menetukan segalanya..


kalau panjang jodoh n umur kami maka tarikh tersebutla yg kami pilih nnt..tolong doakan kami berjaya melalui liku2 yg penuh cabaran ini ya..kepala ini sudah cukup pening mahu menetukan tarikh..lg pon tarikh yg aku inginkan yg lain tu sudah pon di book oleh rakan2 yg lain.maka haruslah aku mengalah..lg pon org tua aku sudah tidak sabar mahu membuat kerja kawin.


nnt bila semuanya telah dipersetujui..aku akn umumkan..maka akan ada sidang akhbar n muka aku akn terpampang di dada2 akhbar n televisyen..woit..ko ingat ko sape hah roy??


sebagai penutup entry ni,aku hidangkan sekeping gambar pertunangan aku erk..sila la layan..sesebuah entry itu xkan lengkap tanpa gambar..

macam gedik je..hahahah..
.
.
.
W.A.S.S.A.L.A.M...

No comments:

Blog Widget by LinkWithin