Dengar sini wahai blogger2..silent rider(ade ker)..orang2 kampong sekalian..dengan dukacita nya ingin hamba memaklumkan bahawa majlis perkahwinan hamba akan hamba tunda pada awal tahun hadapan..itu pon jika tiada aral melintang..
mengikut perancangan & perbincangan bersama ahli keluarga serta ahli mesyuarat tingkap..hamba mencadangkan mahu memilih bulan febuari 2011 untuk majlis perkahwinan hamba bersama panglima k..hehehheh..tapi masih blom ada tarikh yang tepat lagi..pada awalnya mahu memilih awal bulan tapi boss hamba mengatakan bahawa tahun baru cina akan jatuh pada awal bulan hadapan..x boleh la plak aku memilih pada hari tersebut..kompom la ramai orang kampong mahu memilih hari tersebut untuk menyambut menantu..berkhatan & sebagainya kan..harus la aku lambatkan sedikit..mungkin juga selepas 14 feb..cukupkan setahun pemergian arwah ayahanda hamba..
maka majlis pada 10.07.10 ini secara rasminya akan terbatal..sedih gak rasenya..tahun ni sekali lagi la gamaknya hamba beraya sebagai tunang kepada panglima k..maka tahun ke 3 la hamba merangkul gelaran tunangan panglima k..hasrat untuk memegang title isteri sudah pon terkubur..
begitu lah adat orang jawa..sekiranya orang tua kita meninggal..maka kena lah di ganti tahun..maksudnya tidak boleh pada tahun yang sama..kecuali majlis tinggal beberapa hari saja..memanglah x dapat di elak kan lagi..cuma majlis itu x bole la meriah seperti majlis yang diharapkan..sejak arwah terlantar sakit..segala persiapan telah pon terhenti..nasib baik juga lah tidak hamba teruskan..dan ada juga yang mengatakan jika mahu majlis di teruskan pada tahun yg sama sebagai syaratnya harusla di putuskan ikatan pertunangan untuk sehari 2 sebagai syarat..logik kah begitu..namun setelah berbincang bersama panglima k..kami mengambil kata putus untuk menangguh kan majlis perkahwinan kami..
kalian doa kan lah majlis itu nanti akan terlaksana & akan berjalan lancar seperti majlis kalian juga..lagi lama majlis kami di tunda..lagi banyak dugaan yang harus hamba tempuh bersama panglima k..
hari ni..hamba sendiri tidak mengerti kenapa hamba menggunakan kata ganti diri HAMBA & PANGLIMA K.mungkin sudah tersampuk barangkali..hehheheh..jangan marah..sebab kadang2 aku dengan abg k pon suke guna kan perkataan ni..kadang2 kami guna loghat nogori sembilan..kadang2 kedah..penang..kelantan..jawa & sebagainya..saja2 sekadar hiburan..
okey la..sekian dulu untuk hari ni..
**W.A.S.S.A.L.A.M**
8 comments:
slm
doakan yang terbaik buat awk =)
takpe roy..at least awk dpt prepare secukupnya...mungkin lebih prepare dari segi mental dan fizikal, kewangan etc..bole cari idea best2 ngan DIY macam2..setahun tu tak lama..pejam celik da sampai da masanya..take care
lama lagi roy kawin ye? apa2 pun jgn lupa jemput nurul ye.
bersabar la ye..semua ni ada hikmahnya..
modusoperandi:
time kasih awak..
NURUL:
InsyaAllah roy akan jemput semua..tapi janji tau nurul kene datang..
Mrs drac:
btol gak kata kamu tu..tp lagi lame lagi bnyk wang dibazirkan..kononnye..lame lg..sempat lg nk kumpul balik.risau la..
Siti Hajar:
mgkn ada benarnye kata2 kamu..lagi pon mgkn blom smpai seru..tq hajar..
roy, banyak2 bersabar, elok juga jarak kan sikit majlis tu, atleast dah stabil semuanya kan, insya Allah sampai masa roy nanti.. =)
Nurulhuda:
time kaseh awak kerana mberi sedikit semangat pada roy..doa kan yg tbaik utk roy ye..
roy, haritu kite ada leave comment tapi tak kuar pulak. hurm. roy sabar ek. nilah dugaan roy. huhu. apapun, fikir positif ya. mungkin roy boleh buat lagi persiapan yang lebih baik. apapun , kita sentiasa doakan yang terbaik untuk awak ek. take care dear!
Post a Comment